_________________________
Let's paint the town RED
“THIS IS A BATTLE OF RIGHT AGAINST MIGHT”
Updates of issues concerning
* Outsourcing of services in TM
* Allocation of ESOS
"OUR LIVELIHOOD ARE AT STAKE
FIGHT ALL OUT FOR OUR SURVIVAL
WE WANT LONG TERM EMPLOYMENT"
PICKETING IS LAWFUL UNDER SECTION 40 OF THE INDUSTRIAL RELATIONS ACT 1967.
11 comments:
On 17th March 2008 (4pm) Briefing by Presiden UTES and Other UTES EXCO members at Tanah Puteh.
Please be there.
we support u guys...
even thu we're contract..
hidup chong....eh hidup utes
We r the Champion UTES...
We will b figthing til d end...
We r UTES 2x
Bersama-sama lah utk mnjga hak asasi pekerja...
Wear RED for supporting UTES...
Peace upon u guys.
All UTES members, we must be united. Don't be complacent. Don't always think that u r " SELAMAT ",having a " TIDAK PEDULI " attitude. One day it will be ur turn to be " SELL OFF " .
Think of this , if u self being a UTES member n do not support/help the union, n one day u r in trouble who is going to help u ?
It will be too late to regret when union does not exit.
WE SUPPORT WHOLEHEARTEDLY.
WHAT IS 2 LOTS FOR US COMPARED WITH 20 LOTS (MAYBE THIS IS JUST MINIMUM) FOR THE EXECUTIVES?? STARK DIFFERENCE LIKE NORTH AND SOUTH POLES.. DOES THIS MEANS ONLY EXECUTIVES WORK HARD?? ONLY EXECUTIVES AND THOSE IN THE MANAGEMENT DESERVE MORE SHARES?? JUST SITTING IN THE OFFICE BREATHING DOWN OUR NECK PRESSURING US TO ACHIEVE TARGETS WHICH ONLY BENEFIT THEIR OWN NAME. WHILE WE SLAVE TO MEET TARGETS, THEIR NAME FLY HIGH FOR OUR ACHIVEMENT AND THEY GET THE EXTRA BONUS."LEMBU PUNYA SUSU TAPI SAPI PUNYA NAMA!!". WHAT ABOUT US ON THE GROUND, IN THE FIELD WHO HAVE TO LABOUR IN THE HEAT AND DIRT? WE ARE BEING TREATED LIKE BUFFALOS WHO ARE BORN TO LABOUR AND DOGS WHO ONLY DESERVE LEFTOVER SCRAPES!!!
REMEMBER TODAY 18.03.08 AT 5:30 PM SHARP. IN RED. PICKET. PICKET. PICKET.
Bila lagi DIA nak cabut nie.... buat susah olang lah... Lagi lamak dia dekat sini lagi manyak problem. Aiyooo... apa lu mau kacau olang mau kerja cari makan o Boss.. Lu apa susah, opis busat, kleta busat gaji pun manyak.
Tahukah anda bertapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh UTES didalam organisasi Telekom Malaysia demi untuk menjamin keselamatan pekerjaan anda. Salah satu manfaat yang telah dinikmati oleh keseluruhan pekerja –pekerja Telekom Malaysia khasnya di Sarawak ialah Collective Agreement.
Akta Perhubungan Perindustrian 1967 telah memdefinisikan Collective Bargaining sebagai suatu perundingan dengan tujuan untuk mencapai Collective Agreement. Collective Agreement pula didefinisikan sebagai perjanjian bertulis yang dicapai antara pihak majikan dengan pihak kesatuan sekerja berhubungan dengan syarat-syarat dan peraturan-peraturan pekerjaan atau yang berkenaan dengan hubungan antara kedua-dua pihak ini.
Pada umumnya, Collective Bargaining merupakan satu proses yang membolehkan wakil-wakil pihak majikan dan pihak kesatuan sekerja bertemu dengan niat jujur untuk merundingkan suatu Collective Agreement. Collective Agreement ini akan mengandungi peruntukan-peruntukan tentang gaji dan upah, jumlah jam bekerja dan keadaan kerja. Gaji dan upah bermakna segala bentuk pampasan langsung dan jumlah jam bekerja merangkumi lamanya hari kerja, masa rehat dan cuti tahunan. Keadaan kerja pula melibatkan faktor-faktor keselamatan, layanan penyeliaan dan faktor-faktor alam persekitaran kerja yang lain. Biasanya masalah berkaitan dengan gaji, upah dan keadaan pekerjaan dapat di selesaikan melalui Collective Bargaining.
Asas hubungan majikan dan pekerja yang berkesan adalah tawar-menawar dengan niat jujur. Perundingan dengan niat jujur bererti kedua-dua pihak yang berunding mesti menghantar wakil ke meja perundingan untuk berkomunikasi dan berunding dengan tujuan hendak mencapai suatu persetujuan. Cadangan satu pihak harus di balas dengan cadangan balas oleh pihak yang satu lagi dan kedua-dua pihak harus bersedia untuk bertolak ansur dan berusaha mencapai suatu persetujuan. Namun begitu, kedua-dua pihak tidak semestinya menerima cadangan yang di kemukakan oleh pihak yang satu lagi. Tatacara Collective Bargaining di berikan dalam Seksyen 13 Akta Perhubungan Perindustrian. Proses Collective Bargaining melibatkan tahap-tahap yang tertentu seperti persediaan sebelum berunding, tawar-menawar, penyelesaian dan ratifikasi persetujuan serta penyelesaian apabila menghadapi kebuntuan dalam perundingan.
Tidakkah anda terasa berhutang budi dengan UTES..renung-renungkan lah….
Semalam aku baru je break dengan kekasih kesayanganku..Bila aku tengah frust macam ni aku suka ingat kisah-kisah lama semasa aku masih budak-budak dulu. Denga cara camtu je aku dapat lupakan wajah kekasih....eh bukan.. ex kekasih ku yg cantik dan manja tu. Masa tu mana ada masalahnya…tiap-tiap hari aku enjoy je…main main main je ..itu je yang aku buat…Alangkah bahagianya idup masa tu. Tengah aku dok selongkar barang-barang peribadi lama terjumpalah aku buku crita yang dulu cukup syok aku baca
Pak Kaduk..Ayam menang kampung tergadai
Seronok lah baca crita ini…aku cukup happy lah dengan kebodohan Pak Kaduk ini. Boleh dia pakai baju kertas lagi…..hehehhehe….ayam dia menang tapi ??????
Sampai part ni hati aku tersentak. Bayangan ex kekasih ku pun hilang..aku teringat akan kebenaran maksud disebalik crita tersebut.
6 Januari 2007 sahlah bermula dari tarikh ini TM Call Centre telah diambil alih oleh Vads Contact Centre Services. Dapat lah kontrak dalam 5 tahun dengan nilai kontrak sebanyak RM254.6 million…kalau tak salah akulah. Pekerja-pekerja TM dipinjamkan untuk menyambung tugas-tugas mereka bersama dengan pekerja –pekerja dari agensi pekerjaan Millinium, salah satu agensi yang mendapat kontrak dari VCCS untuk mengoperasikan call center dia orang….TM outsource kepada Vads, Vads outsource lagi kepada Millinium.
Wa cakap lu untung besar babe…
Nak dijadikan crita semua orang sibuk masa tu terutamanya pihak VCCS lah. Buat penyusunan semula organisasi, sibuk buat skrip-skrip baru…aku aku kau kau tak main lah. Kalau kau sebut jua padah lah jawabnya…aku ingat ada sorang VP tu kalau kerja kat VCCS, awal-awal lagi dia dah kena tendang sebab kalau dia bercakap selalu guna bahasa aku dan kau. Kalau kau cakap bahasa daerah salah, kau boleh cakap bahasa Malaysia dan English sahaja. Bahasa Cina dan India tak boleh juga tapi walaupun tak boleh guna dia bagitau boleh pula nak bayar elaun bahasa…
.apa ke benda ni?
Lepas tu pekenalkan pula satu budaya baru….Fish Culture ke namanya. Tujuannya menurut mereka nak mewujudkan satu suasana kerja yang menyeronokkan. Lebih kurang macam cerita Fish in The Pondlah…pernah dengar cerita ni?…kalau tak pernah, lain kalilah aku cerita cerita ini. Start lah hias opis-opis dengan gambar-gambar ikan…gantung disiling, dipintu-pintu , opis boss pun dah macam aquarium.. seronok? Seronok lah jugak sebab turun kerja dah macam turun kelas kindergarden. Lepas tu perkenalkan lagi peraturan-peraturan baru, peraturan masa makanlah, etika pakaian lah, siap dengan CCTV lagi dan yang paling best nya nak pegi kencing pun kena kira…
.tempat yang menyeronokkan ke sayang?
Perkenalkan pula kaedah pembayaran insentif…PFP atau Pay For Performance, Buat Malam VCCS…dinner la tu, buat lagi R&R atau Reward dan Recognition ….perkenal kan award-award seperti Best CSR la, Best Team Leader la dan entah apa-apa lagi lah. Tapi yang seronoknya boleh pulak ada award Healty Employee …
..dah jadi doctor specialist pulak ke kawan?
Semua orang jadi seronok bekerja…betul seronok atau terpaksa …wallahualamlah…tapi yang pasti nya service level meningkat…rekod on the paper boleh buat la kawan. Orang –orang pinjam pun berkerja rajin dari dulu dah, almaklumlah ada competitor dari agensi pekerjaan Millinium. Masing-masing nak tunjuk hero dan hebatlah.
Hatiku berkata kalau crita Pak Kaduk dia tukar ayam dia dengan ayam raja..lepas tu masa ayam berlaga dia sokong dan sorak ayam dia. Ayam Pak Kaduk menang tapi sebenarnya dah jadi ayam raja …lepas tu ayam raja menanglah..tapi senario di VCCS macam mana pulak?
Kontrak Vads dengan TM cuma 5 tahun je..untuk renew kontrak VCCS perlu menjadi cemerlang dan gemilang..untuk itu mereka mesti MENANG. Samada kita sedar atau pun tidak sebenarnya kita lah faktor utama yang menyumbang kearah kemenangan tersebut. Kita lah TOOLs yang dipergunakan oleh Vads dalam misi untuk mencapai hasratnya. Persoalannya apa akan jadi jika Vads KALAH? Tidak mencapai atau memenuhi kontrak mereka dengan TM? Mungkin kontrak tidak akan direnew dan Call Centre mungkin juga akan diambil balik dan di managed semula oleh TM …semuanya berkemungkinan…bukankah slogan TM menerajui kemungkinan…
Wa cakap lu babe…kalau pompuan ada slogan begini … jangan buat bini lah.
Apa akan jadi dengan pekerja-pekerja Millinium? Jika diambilalih oleh TM semula pekerja-pekerja ini mungkin akan diberikan kontrak bekerja dengan TM dan peluang untuk menjadikannya jawatan tetap adalah cerah. Bukankah ini lebih elok…
Hakikatnya jika kita menjadikan impian Vads ini satu reality maka kita lah Pak Kaduk sebenarnya. Kitalah yang menjadikannya menang dan pada satu keadaan yang lain kitalah orang-orang yang kalah. Kalau Pak Kaduk kemenangannya bersama pakej malu…mana taknya, baju kertas nya koyak rabak dan jika perkara yang sama berulang kepada kita …tanpa pekerjaan sehelai kain pun kita tak mampu nak pakai.
Renung-renungkan lah………………
Post a Comment