The most important word in the language of the working class is "SOLIDARITY."—Harry Bridges

Wednesday, March 26, 2008

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINE


Abdul Wahid terajui Maybank lebih awal
_________________________________________


KUALA LUMPUR 20 Mac – Datuk Seri Abdul Wahid Omar akan menerajui Malayan Banking Bhd. (Maybank) dua bulan lebih awal daripada perancangan awal berikutan pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amirsham A. Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Selasa lalu.


Abdul Wahid yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan menerajui kumpulan perbankan terbesar negara itu pada 1 Mei ini berbanding perancangan awal pada 1 Julai 2008.


‘‘Berikutan pelantikan Datuk Amirsham A. Aziz sebagai ahli Dewan Negara kelmarin bagi pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah diumumkan tarikh pelantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank kini ialah pada 1 Mei 2008,’’ kata kenyataan Maybank kepada Bursa Malaysia.


Menurut kenyataan itu, selain daripada melepaskan jawatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank pada Selasa lalu, Amirsham turut melepaskan jawatan yang dipegangnya dalam anak syarikat kumpulan itu membabitkan Aseambankers Malaysia Bhd. dan Mayban Fortis Holdings Bhd. pada hari yang sama.


Berikutan perkembangan terbaru itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Maybank, Datuk Aminuddin Md. Desa dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif bank tersebut berkuatkuasa semalam hingga 1 Mei ini.


Menurut kenyataan itu, Aminuddin akan bertanggungjawab terhadap operasi kumpulan perbankan itu.


Sebelum ini, Pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad berkata, pemilihan Abdul Wahid juga berlandaskan keupayaan dan kejayaan beliau memimpin beberapa syarikat milik kerajaan (GLC), dan Maybank yakin beliau akan meneruskan kejayaan dengan kualiti tersebut di bank itu.


Abdul Wahid telah menyertai sektor kewangan selama 10 tahun sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TM.

6 comments:

Anonymous said...

Wahai Warga Maybank!

Pertama - 'services' will be outsourced.....
Kedua - buildings will be sold...
Ketiga - VSS???????
Keempat - ?????????

Unknown said...

hahaha...good luck to all maybank staffs...

oops...kelima - pembahagian saham maybank, im the boss and i want 5000 shares....

Unknown said...

keenam - rebranding

Anonymous said...

So, finally "PICKET"

Unknown said...

Yeah! Finally....Correct,Correct,Correct............PICKET,PICKET,PICKET!!!

Anonymous said...

After PICKET, u know Bro., move 2 another GLC, hahaha... then d cycle start again n again n again...